HUBUNGI KAMI


TEL :  07-4558264
FAX :  07-4558263

CARTA ORGANISASI SMK SERI GADING



Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Menghasilkan mesin automatik untuk memberi makanan dan minuman kepada kucing






Tahniah kerana mendapat hadiah sagu hati..

Ucapan Pengetua SMK Seri Gading


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Setiap sekolah ingin meletakkan dirinya sebagai sebuah organisasi yang cemerlang. Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada keberkesanan pihak pengurusan sekolah, guru-guru yang komited dalam memastikan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum berjalan dengan lancar.

Penglibatan pelajar dalam semua aktiviti serta penerapan nilai murni dalam diri mereka, kejelekitan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah, serta iklim pembelajaran yang selesa, selamat dan kondusif.

Kecemerlangan tidak mungkin tercapai tanpa perancangan yang teliti serta pelaksanaan program yang relevan serta berterusan. Profil Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ini mencerminkan segala perancangan dan hala tuju sekolah yang sudah pastinya pengaruh yang kuat ke atas prestasi sekolah dalam semua aspek.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha untuk menjadikan profil SMK Seri Gading ini satu realiti. Saya berharap profil ini dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan kekuatan di samping memperbaiki segala kelemahan. Justeru ianya boleh dijadikan sebagai asas untuk melaksanakan kajian tindakan oleh pihak pengurusan dan guru-guru demi kebaikan sekolah khasnya dan masyarakat setempat umumnya.

Terima kasih.

Tn. Hj. Samsudin Bin Abd. Rahman
Pengetua SMK Seri Gading, Batu Pahat


Sumber: http://www.smkserigading.edu.my/v2/pengetua.html

AKTIVITI KOKURIKULUM


Kem Remaja Unggul 2013-SMK Seri Gading


Persembahan Kawad Kaki Kadet Polis SMK Seri Gading 2013


smk seri gading medlay relay spts kebangsaan (Johan)